ISLAMIC RELIEF MALAYSIA mengalu-alukan barangan terpakai anda.................
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA welcomes your second hand item...........
Islamic Relief Malaysia mengalu-alukan sumbangan barangan terpakai anda bagi membantu jualan amal SECANGKIR KASIH kami yang akan diadakan melalui kerjasama bersama Regency Hotel, ALOR STAR, Kedah pada 29 Mei 2010 ini.
Secangkir Kasih merupakan sebuah program dokumentari radio hasil kerjasama IRM bersama Radio IKIM.F.M. Jualan Amal di bahagian utara ini merupakan salah satu daripada program kerjasama amal dimana lebih banyak kerjasama akan dijalankan dibawah program SECANGKIR KASIH di sepanjang tahun 2010. Jualan Amal kali ini akan turut dimeriahkan lagi dengan berbagai acara serta aktiviti menarik.
Sila hantarkan barangan terpakai anda ke pejabat kami di alamat seperti di bawah atau hubungi RINA di talian 03-89486334 bagi pertanyaan lanjut, urusan penghantaran dan pusat pengumpulan barangan terpakai di kawasan utara.
Kami juga mengalu-alukan penyertaan sukarelawan kami di bahagian utara bagi turut serta di dalam urusan pengumpulan, pemilihan dan jualan barangan terpakai di program Jualan Amal tersebut. Hubungi kami melalui email atau talian pejabat bagi pengesahan penyertaan dan maklumat lanjut persiapan dan pembahagian tugas di majlis tersebut.
Hasil kutipan dari jualan amal tersebut akan digunakan bagi membiayai program-program kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.
Bagi mengikuti perkembangan JUALAN AMAL kami sila layari laman web kami di www.irm.org.my
Islamic Relief Malaysia welcomes your secondhand items for our SECANGKIR KASIH Jumble Sale that will be held through a collaboration with Regency Hotel ALOR STAR, Kedah on 29th May 2010.
Secangkir Kasih (a portion of love) is a programme organized by Islamic Relief Malaysia and IKIM.FM Radio Station. It is an unique radio documentary programme whereby the main focus will be entirely on humanitarian issues. Secangkir Kasih Jumble Sale is part of humanitarian programmes that will be extended throughout 2010. A series of activities and events will also be held during the jumble sale.
Anyone who are interested to donate their valuable but no longer needed item to us, we are more than happy to accept. For collections at northern region and inquiries, please feel free to send your second hand items including books, clothes, staionaries, kitchen appliances etc, to our office at below address or call RINA at 03-89486334 for further inquiries and delivery arrangements.
We also welcome participations from our northern region volunteers to sort, sell, prepare and organize the Jumble Sale. Please feel free to confirm your participations via email or call us for further info on preparation arrangement and duties specifications.
The Sale collections will be used to fund several Islamic Relief Malaysia's humanitarian projects.
To know more about our JUMBLE SALES events, please visit our website at www.irm.org.my
Best Regards
MARDIANA
Community Outreach Officer
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
31-7, Jln SP 2/1, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
tel :603 89486334 fax :603 89487339













0 comments:
Post a Comment