
QURBAN KE ARAH KEBAJIKAN
Kempen Qurbani Global 2009 anjuran Islamic Relief Malay
Sedar tak sedar kita sudah menghampiri musim Qurban sekali lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, IRM akan mengadakan kempen Qurbani global 2009 dimana orang ramai dialu-alukan untuk menjalankan ibadah di mana-mana 28 negara di mana Islamic Relief beroperasi.
Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau hari raya Qurban, Islamic Relief Malaysia (IRM ) sekali lagi mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah qurban di 28 buah negara termasuk Malaysia, Palestin, Kosovo, Iraq, Sudan, Pakistan dan beberapa negara lain di mana Islamic Relief beroperasi melalui kempen Qurban global anjuran IRM.
Bagi perlaksanaan Qurban di Malaysia, di samping pengagihan daging qurban, IRM juga akan menyediakan sumbangan pek makanan asas termasuk beras, tepung, gula dan makanan asas yang lain kepada penerima sumbangan daging qurban. Sumbangan ikhlas anda bagi penyediaan pek makanan ini juga sangat-sangat kami alu-alukan.
Sinarilah Eidul-Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.
Sesungguhnya tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih qurban yang ikhlas .
Untuk malumat lanjut sila layari laman web Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my atau hubungi talian 03 89486334.













0 comments:
Post a Comment